FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Suzalia Halid


Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga petang ini.

Berdasarkan kenyataan METMalaysia pada 2.10 petang tadi, negeri yang dijangka berdepan cuaca buruk itu ialah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

"Di Kedah, ia membabitkan daerah di Langkawi dan Baling; Perak di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

"Di Kelantan pula ialah di Jeli; Besut dan Setiu di Terengganu; Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor ialah di Mersing dan Kota Tinggi," katanya di Facebook.

Sebanyak sembilan daerah di Sarawak turut disenaraikan iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Miri (Miri dan Marudi) serta Limbang.

Sementara itu di Sabah pula membabitkan di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan serta Kudat.

Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu keluaran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mei 2022 @ 3:02 PM