GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO Bernama
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Ribu petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, barat Sabah serta Sarawak sehingga Ahad ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan cuaca itu berdasarkan analisis model cuaca dijangka berlaku sebelah petang dan malam di kawasan berkenaan.

"Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan sudah dikemas kini dan berkuat kuasa sehingga Jumaat ini," katanya dalam kenyataan di Facebook , hari ini.

Sementara itu, dalam catatan berasinganMETMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di 10 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur sehingga 7 malam ini.

Menurutnya, amaran itu membabitkan Kedah di Kulim dan Bandar Baharu serta Perak yang akan membabitkan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.

"Amaran sama turut dikeluarkan untuk Pahang membabitkan Jerantut, Maran dan Bera; Selangor di Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang dan Jempol,Negeri Sembilan.

"Johor pula membabitkan Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala Sarawak membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

"Selain amaran sama turut diramal di Sabah iaitu Pedalaman (Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2023 @ 5:13 PM