GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Ercy Gracella Ajos


Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di enam negeri sehingga jam 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook berkata, ramalan cuaca itu diramal di Perak membabitkan kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Selain itu, menurut MetMalaysia, di Terengganu membabitkan kawasan Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang (Raub dan Bentong).

Katanya, selain ibu kota, Selangor turut mendapat ramalan yang sama membabitkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

"Di Johor pula membabitkan dua kawasan iaitu Kota Tinggi dan Johor Baharu.

"Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang turut diramal di Sarawak membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Mukah), Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis)," katanya menurut kenyataan itu.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Jun 2023 @ 4:52 PM