GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
Ercy Gracella Ajos


Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir beeserta angin kencang di hampir semua negeri termasuk Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak sehingga 9 malam ini.

Selain Selangor, ibu kota dan Putrajaya, MetMalaysia dalam hantaran di Facebook berkata amaran itu dikeluarkan bagi Negeri Sembilan dan Melaka.

Katanya, di Kelantan membabitkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Bera).

"Amaran sama dikeluarkan bagi Johor membabitkan dua kawasan iaitu Tangkak dan Muar," katanya dalam kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, di Sarawak pula amaran sama membabitkan kawasan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

Katanya, amaran hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang turut dikeluarkan Sabah membabitkan kawasan pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) dan Tawau (Lahad Datu)

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 April 2023 @ 6:51 PM