GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nuratikah Athilya Hassan


Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di lapan negeri seluruh negara sehingga petang ini.

MET Malaysia berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) serta seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Di Negeri Sembilan, amaran sama dikeluarkan membabitkan daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin manakala di Johor membabitkan daerah Tangkak dan Muar.

Seterusnya, ribut petir dijangka membadai Sarawak di Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Selangau), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah pula, membabitkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat); dan WP Labuan.

Menurut MetMalaysia, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan atau aplikasi mobil, myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

"Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Disember 2022 @ 2:43 PM