GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO NSTP
Ercy Gracella Ajos


Kuala Lumpur: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang dijangka di beberapa negeri termasuk Pahang membabitkan Lipis, Raub dan Bentong sehingga 1 pagi esok.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebook berkata, amaran sama turut dikeluarkan bagi Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang) serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Selain itu, Negeri Sembilan pula membabitkan Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau manakala Sarawak pula membabitkan Sarawak iaitu kawasan Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit, Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang turut dikeluarkan bagi Sabah membabitkan kawasan pedalaman Sipitang, Tenom dan Nabawan.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia dalam hantarannya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Mac 2023 @ 10:31 PM