Nurul Amanina Suhaini


Johor Bahru: Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 5,399 orang daripada 1,430 keluarga di 81 pusat pemindahan sementara (PPS) membabitkan tujuh daerah, setakat 9 pagi, hari ini.

Ia berbanding 5,588 mangsa daripada 1,505 keluarga di 81 PPS, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R Vidyananthan, berkata, bagaimanapun, Tangkak mencatatkan peningkatan ketara jumlah mangsa banjir iaitu 598 orang daripada 143 keluarga ditempatkan di 13 PPS, pagi ini.

Katanya, ia berbanding hanya 472 mangsa daripada 119 keluarga yang ditempatkan di 10 PPS, semalam.

"Walaupun Segamat menunjukkan penurunan mangsa banjir namun jumlah yang dicatatkan kekal tinggi iaitu seramai 3,804 orang daripada 1,014 keluarga di 51 PPS.

AIR naik sehingga kelihatan bumbung sahaja di Kampung Codan, Segamat. FOTO Nur Aisyah Mazalan
AIR naik sehingga kelihatan bumbung sahaja di Kampung Codan, Segamat. FOTO Nur Aisyah Mazalan

"Tiga daerah lain yang meningkat sedikit meliputi Muar dengan 161 mangsa daripada 42 keluarga di lima PPS dan Batu Pahat dengan 111 mangsa daripada 31 keluarga ditempatkan di dua PPS.

"Turut bertambah iaitu di Kluang dengan 124 mangsa daripada 37 keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jumlah mangsa banjir di Kota Tinggi kekal dengan 131 orang daripada 38 keluarga yang ditempatkan di dua PPS.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 January 2022 @ 10:22 AM