AHMAD Izram (depan, tengah) bergambar bersama sebahagian pegawai dan anggota bomba sempena Program Pemantapan Kepimpinan Ketua Zon dan Ketua Balai dan Konvensyen PBS Tahun 2024. FOTO Nor Amalina Alias
AHMAD Izram (depan, tengah) bergambar bersama sebahagian pegawai dan anggota bomba sempena Program Pemantapan Kepimpinan Ketua Zon dan Ketua Balai dan Konvensyen PBS Tahun 2024. FOTO Nor Amalina Alias
Nor Amalina Alias


Kota Bharu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini menunggu kelulusan Parlimen untuk meluluskan cadangan pindaan bagi mengawal selia secara terus Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) itu diminta pinda bagi memudahkan PBS diletakkan di bawah bidang kuasa JPBM.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPBM, Datuk Ir Ahmad Izram Osman berkata, ketika ini PBS didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Katanya, sehingga kini terdapat 8,398 ahli bomba sukarela di seluruh di negara dengan membabitkan 369 pasukan.

"Kita cuba daftar bomba sukarela terus ke pihak bomba, senang untuk kita buat pemantauan dan lebih efektif," katanya ketika merasmikan Program Pemantapan Kepimpinan Ketua Zon dan Ketua Balai dan Konvensyen PBS Tahun 2024 di Politeknik Kota Bharu.

Hadir sama, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Zainal@Jainal Madasin.

Ahmad Izram berkata,permintaan tertinggi bomba sukarela adalah di negeri Sabah seramai 46 pasukan, Kedah (44 pasukan), Perak (41 pasukan) manakala Kelantan sebanyak 17 pasukan.

"Ramai yang berminat menyertai badan beruniform penyelamat ini, kebanyakan golongan belia berusia 17 tahun dan ke atas.

"Malah bomba sukarela terbukti banyak membantu bomba sebenar dalam operasi di lapangan yang mana kita tempatkan mereka dalam operasi kebakaran, penyelamatan dan khidmat khas seperti menangkap ular dan sebagainya, juga menjadi barisan hadapan bagi kawasan terpencil," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2024 @ 2:39 PM