KASEMANI (kiri) bersama pegawai memberi penerangan  kepada peniaga pada Ops Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam. FOTO Ghazali Kori
KASEMANI (kiri) bersama pegawai memberi penerangan kepada peniaga pada Ops Cakna Undang-Undang Kesihatan Awam. FOTO Ghazali Kori
Nazdy Harun


Kuala Terengganu: Terengganu merekodkan peningkatan sebanyak 5.9 peratus kes demam denggi menjadikan jumlah keseluruhan 125 kes bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya Datuk Dr Kasemani Embong berkata, menerusi jumlah itu juga sebanyak lima wabak dikesan membabitkan daerah Marang, Besut dan Hulu Terengganu.

Menurutnya, meskipun kes menunjukkan peningkatan namun tiada kematian direkodkan setakat ini berbanding satu kematian pada tahun lalu.

Katanya, di Terengganu walaupun ada sedikit peningkatan kita tidak ada wabak yang teruk, kita ada lima wabak setakat ini sehingga Jun.

"Kelima-lima wabak ini terkawal dan sudah tamat, dua berlaku di Besut, dua di Marang dan satu di Hulu Terengganu, jadi semuanya sudah tamat dan dapat dikawal dengan baik," katanya.

GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

Beliau berkata demikian selepas Operasi Bersepadu Cakna Penguatkuasaan Undang-Undang Kesihatan Awam Peringkat Negeri Terengganu, di Medan Selera Batu Buruk, di sini, hari ini.

Menurutnya, dengan pelbagai pendekatan dan penguatkuasaan yang dilakukan secara berterusan dapat mengekang wabak terbabit daripada terus menular.

Justeru, JKNT menyarankan masyarakat supaya lebih peka terhadap sebarang wabak penyakit terutama deman denggi dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2024 @ 2:44 PM