Hamizah Badiran


BAGI anda yang bakal bergelar ibu bapa, antara perkara paling utama yang perlu diberi perhatian untuk penjagaan bayi tentu sahaja pemilihan lampin pakai buang.

Ia demi kebaikan dan keselesaan si manja kerana lampin pakai buang yang berkualiti mampu mengelakkan kulit anak daripada risiko masalah ruam lampin.

Tetapi, terdapat banyak jenama lampin pakai buang di pasaran. Mana satu yang harus dibeli?

Tidak cukup dengan itu, timbul pula persoalan saiz lampin yang padan dengan si kecil dan bilakah waktu tepat menukar saiz lampin?


Genki! ada jawapannya. Ibu bapa boleh mencuba lampin pakai buang Genki! Tape Saiz S keluaran OAHP Marketing Sdn Bhd yang boleh digunakan untuk bayi baru lahir (new born) sehingga beratnya tujuh kilogram (kg).

Pengarah Pemasaran Serantaunya, Lim Hooi Yin, berkata pihaknya berbesar hati kerana berpeluang berkongsi pengalaman baru bersama ibu bapa yang ingin memastikan si manja mereka mendapat penjagaan terbaik.

"Dalam bahasa Jepun, Genki bermaksud ceria, cergas, sihat dan aktif. Sesuai namanya, Genki! Tape Saiz S direka bagi memberi keselesaan berpanjangan kepada bayi yang sekali gus membolehkannya untuk sentiasa cergas bagi meneroka dunia baru.

"Ia dipenuhi ciri kelembutan awan, sesuai dengan kulit bayi yang halus dan sensitif.

"Kami menggunakan teknologi dari Jepun di mana hasil kajian menunjukkan lampin yang ideal seharusnya lembut dan selesa pada kulit si manja selain telus serta mempunyai kadar serapan tinggi," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Berdasarkan fakta ini, Genki! Tape Saiz S tampil dengan ciri inovatif lapisan selembut kusyen dan teras serapan ultra 3D untuk memberikan lampin yang muat, selesa serta terbaik kepada si comel.

Ia didatangkan dengan teras serapan ultra 3D yang terdiri daripada pulpa halus yang cepat menyerap air kencing bayi dengan pantas agar kulitnya sentiasa kering dan selesa.

CHU Kian Ming menunjukkan produk lampin bayi pakai buang Genki Tape saiz S yang baharu, Shah Alam. FOTO Faiz Anuar.
CHU Kian Ming menunjukkan produk lampin bayi pakai buang Genki Tape saiz S yang baharu, Shah Alam. FOTO Faiz Anuar.

Eksekutif Pemasaran Genki Malaysia, Chu Kian Ming menambah, lampin ini juga mempunyai pelindung tahan bocor yang lembut di mana ia mendakap peha bayi dengan kemas agar mencegah kebocoran.

"Bahagian pinggangnya pula dilindungi dengan pita (tape) pinggang yang lembut dan berelastik, membuatkan si manja lebih selesa serta kemas.

"Pita dan gelung dimiliki pula amat lembut untuk memudahkan penggunaan. Malah, ia boleh dilekat semula berulang kali agar bayi anda sentiasa berasa selesa.

PRODUK lampin bayi pakai buang Genki Tape saiz S yang baharu, Shah Alam. FOTO Faiz Anuar.
PRODUK lampin bayi pakai buang Genki Tape saiz S yang baharu, Shah Alam. FOTO Faiz Anuar.

"Tidak lupa, pelapik luar berliang udara membenarkan 100 peratus aliran udara dan lembapan untuk mengoptimumkan ketelusan agar si manja selesa sepanjang hari," katanya.

GENKI Tape saiz S yang baharu. FOTO Faiz Anuar.
GENKI Tape saiz S yang baharu. FOTO Faiz Anuar.

Tambah menarik, ibu bapa juga boleh berjimat apabila menggunakan Genki! Tape Saiz S kerana ia mengandungi 87 keping lampin pakai buang dalam satu pek, menjadikannya jumlah paling banyak bagi kategori itu di dalam pasaran.

Ia juga didatangkan dalam saiz S, M, L dan XL sesuai untuk bayi serta kanak-kanak seberat 0-7 kg, 7-10kg, 9-14kg dan 12-17 kg masing-masing. Ia dijual pada harga runcit tidak melebihi RM30.

PRODUK lampin pakai buang bayi Genki. FOTO Faiz Anuar.
PRODUK lampin pakai buang bayi Genki. FOTO Faiz Anuar.

Ibu bapa boleh bertukar kepada Genki! Pants apabila anak semakin membesar atau menggunakannya ketika keluar berjalan mahupun bercuti.

Sementara itu, lampin pakai buang Genki! yang mula memasuki pasaran pada 2016 muncul sebagai jenama paling pesat berkembang dan mendapat pengiktirafan ‘Fastest Growing Brand’ oleh Giant Malaysia (Giant) pada 2017.

Pada tahun sama, Genki! turut dianugerahkan 'Excellence in Brand Awareness' dalam Anugerah Kecemerlangan Pemasaran.

Untuk maklumat lanjut, layari https://genki.com.my/.

#genkimalaysia #genkitape

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Ogos 2019 @ 10:00 AM