PIALA FA selamatkan maruah United. -FOTO Reuters
PIALA FA selamatkan maruah United. -FOTO Reuters
Reuters

London: Manchester United mempamerkan prestasi terbaik mereka untuk menewaskan Manchester City 2-1 untuk menjulang Piala FA buat kali pertama sejak 2016 di Stadium Wembley dan menafikan saingan mereka untuk merangkul gelaran berganda.

Gol oleh pemain remaja, Alejandro Garnacho dan Kobbie Mainoo meletakkan United mendahului saingan pada babak pertama di Wembley dan berjaya bertahan daripada serangan bertali arus City selepas rehat untuk menjulang trofi itu buat kali ke-13.

City yang berusaha untuk menjadi kelab pertama memenangi kejuaraan berganda dalam satu musim berturut-turut, berada jauh di bawah prestasi terbaik mereka pada separuh masa pertama dan memberikan United pendahuluan pada minit ke-30 apabila Garnacho menjaringkan gol.

United menggandakan kedudukan sebelum rehat apabila Mainoo meledakkan jaringan dengan tenang hasil percaturan pasukan yang hebat.

Tersentak dengan itu City bangkit pada separuh masa kedua menerusi percubaan Erling Haaland namun terkena palang.

Mereka terpaksa menunggu sehingga minit ke-87 untuk pemain gantian Jeremy Doku menjaringkan gol dan mencipta persaingan yang tegang menuju minit terakhir perlawanan.

Kemenangan ke atas juara Liga Perdana Inggeris itu membolehkan Red Devils turut menempah tiket ke Liga Europa musim depan selepas sekadar menamatkan kempen liga di tangga kelapan - kedudukan terburuk sejak 1990.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2024 @ 12:38 AM