X55 sebagai SUV gaya ranggi.
X55 sebagai SUV gaya ranggi.
Lizam Ridzuan


Beijing Automotive Group (BAIC) salah satu pengeluar kereta terkemuka China dengan jualan kenderaan terkumpul sebanyak 36 juta unit, kini sudah memasuki pasaran Malaysia dengan pengenalan dua model baharu iaitu X55 dan BJ40 Plus.

Kedua-duanya adalah segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan ciri berbeza iaitu urban futuristik dan bagi tujuan pemanduan laluan lasak (off-road).

Model X55 ialah SUV kompak segmen-C yang bergaya dan futurustik dengan diameter 4620 mm panjang, 1886 mm lebar dan 1680 mm tinggi.

Ia dijana dengan enjin petrol 1.5TD, 4-silinder dengan teknologi VGT, serta kotak gear DCT 7-kelajuan yang dibangunkan sendiri.

Gabungan ini menghasilkan tenaga 188PS dan tork 305Nm yang mengagumkan, menjadikan ia pendahulu kuasa dalam kelasnya.

REKAAN moden dan bergaya.
REKAAN moden dan bergaya.

Trenkuasa X55 juga diiktiraf dengan Anugerah 10 Trenkuasa Terbaik di China, dengan penggunaan bahan api WLTC hanya 7.18 L/100 km, menawarkan kedua-dua dengan kuasa dan kecekapan bahan api.

Dibina dengan 62.3% keluli kekuatan tinggi dan 8.7% 'hot-formed steel', X55 memberikan perlindungan keseluruhan penumpang yang terbaik.

Ciri-ciri seperti kekukuhan kilasan 21872 Nm, zon remukan lanjutan, dan pintu bentukan bersepadu standard Euro yang diperkukuh dengan rasuk keluli dwi-dalaman , X55 memp

eroleh penarafan keselamatan berganda 5 bintang daripada C-NCAP dan C-IASI.

BJ40 Plus gaya lasak.
BJ40 Plus gaya lasak.

Persekitaran kabin direka bentuk dengan tahap 'benzene' dan 'formaldehyde' yang lebih rendah, trim kadar antibakteria 99.9%, dan fungsi ADAS dengan pelbagai radar, memastikan tahap keselamatan tertinggi untuk semua penumpang.

Untuk model BJ40 Plus ialah kenderaan laluan lasak (off-road) dengan gaya ikonik termasuk gril lima lubang khas sebagai ciri signture.

Kenderaan ini dibina untuk rupa bumi yang ekstrem, ia mempunyai gred pendakian 60%, sudut ketibaan 37∞, sudut berlepas 31∞ dan sudut 'ramp' 23∞.

Di bawah bonet BJ40 Plus menampilkan enjin petrol 2.0L pengecas turbo yang dipadankan dengan kotak gear automatik ZF 8 kelajuan buatan Jerman, memberikan kuasa 224PS dan tork 380Nm yang menakjubkan.

SESUAI untuk pemanduan lasak.
SESUAI untuk pemanduan lasak.

Direka dengan kejuruteraan khusus untuk pengembaraan laluan lasak BJ40 Plus termasuk sistem 4WD separuh-masa BorgWarner dan struktur body-on-frame tradisional.

Ciri-ciri mewah termasuk suspensi hadapan dengan double wishbones dan spring gegelung, gandar belakang aktif dengan suspensi 5 pautan, sistem brek unggul yang ditala oleh Mitsubishi dan Bosch 9.1 ESP.

Reka bentuk rangka 'roll-cage' memastikan peergerakan keselesaan dan kestabilan yang tiada tandingan.

BJ40 Plus menawarkan struktur inovatif yang membolehkan bumbung dibuka dan proses pemasangan semula untuk hadapan dan belakang dengan pantas, bersama-sama dengan cermin depan terbuka boleh lipat.

Untuk pasaran Malaysia BAIC hanya mengumumkan anggaran harga iaitu untuk model X55 bakal ditawarkan menerusi dua varian iaitu Standard dan Premium RM120,000 dan RM140,000.

Untuk model BJ40 Plus bakal ditawarkan RM180,0000 hingga RM190,000 dan dijangka berada dalam pasaran pada suku keempat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2024 @ 6:21 AM