MAJLIS budaya dan adat masih dijalankan di pekarangan istana.
MAJLIS budaya dan adat masih dijalankan di pekarangan istana.
BALAI besar atau ruang menjadi tempat tetamu disambut atau dirai.
BALAI besar atau ruang menjadi tempat tetamu disambut atau dirai.
KECEKAPAN dalang (penari) apabila menukar topeng yang ditarikan.
KECEKAPAN dalang (penari) apabila menukar topeng yang ditarikan.
Nurul Husna Mahmud


KERATON Kacirebonan atau Istana Ceribon adalah istana tertua dan masih ada susur galur keluarga diraja yang menetap di sini dan mempunyai peranan penting kepada masyarakat.

Kunjungan penulis bersama rombongan Media ke Kabupaten Majalengka iaitu satu wilayah di Jawa Barat pada baru-baru ini antara pengalaman tidak boleh dilupakan apabila mendapat jemputan Sultan Kacirebonan IX Pangeran Raja Abdul Ghani Natadiningrat SE yang mendiami istana itu.

Seperti mengadap raja, untuk menghadirkan diri ke istana termuda dan terkecil di Kota Ceribon, delegasi perlu mengenakan pakaian sesuai selayaknya bagi menghormati keluarga diraja.

Untuk pengetahuan umum, di Kota Ceribon ada dua lagi istana iaitu Keraton Kesepuhan dan Keraton Kanoman yang menceritakan sejarah sultan atau keluarga diraja di kota itu.

Melihat bangunan yang lebih dua dekad itu masih berdiri utuh, timbul rasa kagum dengan seni bina dan kejuruteraan zaman itu.

Tidak hairanlah Keraton Kacirebonan itu kini menjadi tempat rujukan seni budaya termasuk sejarah perkembangan dakwah apabila pernah berfungsi sebagai masjid suatu ketika dulu.

Menariknya mengenai bangunan istana dibina sejak 1814 itu ialah gabungan elemen Sunda, Jawa, Islam, Cina, Belanda gaya dengan seni bina Eropah.

Istana itu walaupun dikatakan terkecil tetapi segi peranannya tidak kalah apabila mempunyai tujuh bahagian atau ruang dengan keperluan tertentu.

PINTU gerbang istana.
PINTU gerbang istana.

Antaranya bangunan induk, balai besar, ruang ibadat (langgar dalam bahasa Jawa), ruang istirahat atau penyimpanan barang kebesaran atau diraja, ruang rehat atau bermain untuk putera atau puteri dan Gedung Ijo.

Mengenai suasana dalam Keraton Kacirebonan, boleh penulis gambarkan Pangeran Raja Abdul Ghani memiliki 'daulatnya' kerana baginda sering diiringi pembantu istana termasuk ada panglima sendiri yang melindungi keluarga diraja itu.

Satu pengalaman tidak dilupa ialah delegasi dirai dengan persembahan tarian topeng yang dulunya hanya dipersembahkan di istana sahaja.

Tarian topeng memperlihatkan penarinya mengenakan pakaian persembahan serba merah dengan sedikit jalur atau motif hitam.

BARANGAN tersimpan dalam Keraton Kacirebonan.
BARANGAN tersimpan dalam Keraton Kacirebonan.

Mengenai tarian ini pada mulanya tanggapan penulis ia lebih berorientasikan budaya atau pengaruh Hindu kerana sejarah tanah Jawa itu juga sejarah dan penceritaan penuh dewa dewi.

Namun apabila dijelaskan oleh juruacara dan wakil istana, sebenarnya tarian topeng digunakan sebagai wadah dakwah menerusi hiburan.

Merujuk kepada cerita yang beredar dalam kalangan masyarakat, Sunan Gunung Jati dan Sunan Kalijaga sempat menggunakan tari topeng sebagai media dakwah.

Tarian ini mempunyai makna, simbol, dan falsafah tertentu bermula dengan percintaan, kepemimpinan, dan juga kebijaksanaan.

GAMBAR keluarga Sultan Kacirebonan IX Pangeran Raja Abdul Ghani Natadiningrat SE yang mendiami istana itu.
GAMBAR keluarga Sultan Kacirebonan IX Pangeran Raja Abdul Ghani Natadiningrat SE yang mendiami istana itu.

Jumlah topeng digunakan pada tarian ini biasanya disebut sebagai Panca Wanda kerana dalam satu persembahan, penarinya dipanggil dalang menggunakan lima topeng.

Seolah-olah dipukau, mata penulis tidak dapat mengesan masa yang tepat penari menukar topeng dikenakan.

Selepas beberapa detik barulah sedar topeng pada muka penari sudah berubah warna dan rupa.

Pengalaman itu mengujakan buat penulis dan delegasi yang pertama kali menyaksikan persembahan topeng.

PERSEMBAHAN topeng antara persembahan kesenian yang unik.
PERSEMBAHAN topeng antara persembahan kesenian yang unik.

Wakil Keraton Kacirebonan juga menerangkan terdapat pelbagai jenis tarian topeng mengikut acara atau majlis.

Tidak lupa menjelaskan tarian topeng juga diolah sebagai media dakwah yang mana penceritaannya menjelaskan sifat dan ketaqwaan manusia dalam beragama.

Dikatakan tarian topeng boleh dipersembahkan secara perseorangan atau berkumpulan.

Usai persembahan, delegasi disajikan dengan jamuan ringan selain pembentangan oleh wakil komuniti yang berkongsi mengenai aktiviti atau kegiatan masyarakat di Kota Ceribon.

PENULIS dan rakan media ketika di Keraton Kacirebonan.
PENULIS dan rakan media ketika di Keraton Kacirebonan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2024 @ 6:30 AM