RAJA Atiq kini terbabit dalam penggambaran drama Kayangan.
RAJA Atiq kini terbabit dalam penggambaran drama Kayangan.

Norhayati Nordin

[email protected]

PERKEMBANGAN industri filem tempatan pada masa kini boleh dianggap berada pada 'gelombang' sangat positif apabila kejayaan mencatatkan kutipan pecah panggung cukup membanggakan.

Malah, ada filem Malaysia mendapat peluang tayangan di luar negara seperti Sheriff: Narko Integriti arahan Syafiq Yusof bakal ditayangkan di 14 pawagam di Hong Kong.

Pelakon muda, Atiq Azman, 24, berkata, dia gembira melihat peningkatan positif dalam penerbitan filem dan drama tempatan yang disifatkan sangat baik.

"Sekarang ini, memang boleh dikatakan penerbitan filem dan drama kita meningkat naik. Dari segi jalan cerita pun boleh dikatakan menarik, tak ada tergantung atau tidak tergantung kisahnya.

"Biasanya 'ending' (pengakhiran) cerita memang 'best'. Dulu pun dah agak bagus filem Malaysia, tetapi sekarang ini

'upgrade' (peningkatan) ditunjukkan sangat lain macam, buat orang (penonton) lagi berminat untuk datang 'support' karya kita sendiri," katanya.

Terdahulu, Atiq ditemui pada majlis tayangan gala filem The Experts lakonan Remy Ishak, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana dan Ray DapDap di TGV Suria KLCC dibawakan Petron, baru-baru ini.

Mengulas harapannya, pemilik nama sebenar, Raja Muhammad Atiqullah Raja Azman Shah ini berkata, dia mengharap agar filem aksi, The Experts mencatat kutipan

'box-office' sehebat Sheriff.

RAJA Atiq akui bangga dengan pencapaian kutipan
RAJA Atiq akui bangga dengan pencapaian kutipan

"Harapan saya agar The Experts ini berjaya bawa kutipan besar, lebih RM60 juta atau sehingga RM100 juta, kita tidak tahu. Tetapi, manalah tahu ada rezekinya, sebab saya lihat filem dan drama kita sangat berpotensi.

"Karya tempatan kita dah boleh pergi jauh. Antaranya dari segi kualiti, perbezaan dulu dan sekarang terutama grafiknya dah nampak macam filem antarabangsa yang boleh amat dibanggakan

"Tajuk dan jalan cerita juga menarik, sehingga saya sendiri sebagai seorang pelakon sanggup turun padang 'support'

rakan sesama selebriti yang produk filem lakonan mereka ditayangkan di pawagam," katanya.

Mengulas karier seninya pula, Atiq berkata, dia akan muncul dengan drama Kayangan sebanyak enam episod yang akan ditayangkan di platform 'OTT', Amazon Prime tidak lama lagi.

"Alhamdulillah, sekarang saya terbabit dengan penggambaran drama Kayangan bersama pelakon lain seperti Zul Ariffin, Elisya Sandha, Haziq Dean, Siti Saleha, Hasnul Rahmat dan ramai lagi," katanya.

Terdahulu, nama Atiq mula menjadi perhatian dalam bidang lakonan tanah air selepas membintangi drama bersiri Nur 2 pada 2019 arahan Shahrulezad Mohameddin sebagai watak Amirul yang diakui membawa impak besar buatnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Mei 2024 @ 6:30 AM