Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Di mata Muhammad Jefri Abdullah, 43, isterinya, Roszanika Abdul Karim, 39, adalah bidadari sekalipun realitinya wanita itu menderita penyakit skoliosis hingga menyebabkan tulang belakangnya semakin hari semakin membengkok.

Keagungan cinta pasangan suami isteri ini bukan lakonan layar kaca televisyen namun benar-benar wujud.

MUHAMMAD Jefri mengangkat Roszanika yang tidak mampu berjalan. FOTO Hafiz Sohaimi
MUHAMMAD Jefri mengangkat Roszanika yang tidak mampu berjalan. FOTO Hafiz Sohaimi

Muhammad Jefri bukan saja menerima seadanya segala kekurangan isterinya yang hanya terdaya mengiring setiap masa, malah sanggup memeluk Islam untuk menjaga suri hatinya itu seumur hidup.

Sudah menjadi rutinnya sejak 10 tahun lalu, segala keperluan wanita itu diuruskan sendiri Muhammad Jefri termasuk menukar lampin pakai buang.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Ogos 2018 @ 10:22 AM