PEMANTAUAN  proses pemilihan cabang Parti PKR, Bandar Kuching dan pengundian sistem e-undi  di Ibu pejabat PKR Sarawak, baru-baru ini.
PEMANTAUAN proses pemilihan cabang Parti PKR, Bandar Kuching dan pengundian sistem e-undi di Ibu pejabat PKR Sarawak, baru-baru ini.
Nadia Hamid

Kuala Lumpur: Syarikat penyedia peranti anti kecurian, Prey Inc menafikan tuduhan Prey adalah malware yang menceroboh keselamatan peranti dengan pengubahsuian tanpa kawalan seperti mengganggu data atau memasang aplikasi.

Prey, pada kenyataan dikeluarkan Globe Newswire di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) berkata, tuduhan itu menggambarkan peranti perlindungan ketika aktif hanya boleh dikawal pentadbir peranti.

“Prey Inc mengesahkan perisiannya, tidak dapat melaksanakan aktiviti seperti dituduh kerana tidak memiliki ciri Kawalan Komputer (Remote Desktop).

“Tanpa akses kawalan, aktiviti menghapuskan aplikasi dan menukar data tidak boleh dilakukan,” katanya.

Prey memberi maklum balas kepada tuduhan peranti itu sebagai malware, yang mengganggu dan menyebabkan kekecohan salah laku ketika Pemilihan PKR Cabang Julau, Sarawak.

Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Rashid Din dilaporkan mendakwa Prey punca pelanggaran keselamatan pemilihan, apabila tablet yang diisi peranti itu dipercayai melakukan pengundian berulang untuk membolehkan seseorang calon menang besar.

Prey berkata, tuduhan itu membabitkan enam dakwaan salah laku peranti iaitu, menghapuskan aplikasi undi yang dipasang pada tablet, manipulasi keputusan pengundian dari jauh dan menghapuskan ciri undi pada tablet.

Katanya, ia termasuk tuduhan peranti itu berupaya mengawal tablet dari jarak jauh (kawalan desktop), menjadi aplikasi malware dan spyware serta menceroboh sistem perlindungan kata laluan untuk memasang aplikasi.

“Tujuh tahun Prey menyediakan peranti anti kecurian telefon, laptop dan kehilangan data kepada syarikat, universiti dan pertubuhan bukan kerajaan yang diiktiraf di seluruh dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 November 2018 @ 11:44 AM