Sadiah bersama Dol sebelum berlepas ke Mekah.
Sadiah bersama Dol sebelum berlepas ke Mekah.

Kuching: “Disiplin menabung sekurang-kurangnya RM10 sehari hasil menjual kuih sejak 20 tahun lalu berbaloi apabila hasrat menunaikan haji menjadi kenyataan,” kata Sadiah Hitam, 67, dari Kampung Tupong Jaya di sini.

Sadiah dan suaminya, Dol Tambi, 68, antara 244 jemaah haji kumpulan kedua dari Sarawak yang berlepas ke Madinah menerusi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH8042 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), malam kelmarin.

Sadiah berkata, sebelum ini, dia terpaksa menolak tawaran untuk pergi ke Makkah kerana nama suaminya tidak tersenarai.

“Sebelum Ramadan, suami menerima surat daripada Tabung Haji memaklumkan yang dia tersenarai dalam senarai jemaah haji tahun ini. Saya bersyukur dan perasaan teruja itu tidak dapat digambarkan kerana akhirnya hasrat menunaikan haji menjadi kenyataan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 5:14 AM