ABDUL Azeez (dua dari kanan) berbual dengan Abdul Wahab ketika menziarahi keluarga berkenaan di Baling.
ABDUL Azeez (dua dari kanan) berbual dengan Abdul Wahab ketika menziarahi keluarga berkenaan di Baling.
Oleh Azahar Hashim


Balin: “Walaupun tersenarai di saat akhir, namun arwah begitu seronok kerana dapat menunaikan haji selepas sekian lama menunggu,” kata Abdul Wahab Abdullah, anak kepada Allahyarham Abdullah Lebai Mat, 73, yang meninggal dunia di Tanah Suci ketika mengerjakan haji bersama isteri, Che Basah Khamis, 63, baru-baru ini.

Abdul Wahab, 33, berkata, arwah bapanya meninggal dunia di Hospital An Nur di Makkah pada 15 Oktober lalu selepas menerima rawatan akibat komplikasi pada paru-paru.

Katanya, mereka sekeluarga menganggap pemergian arwah sebagai takdir kerana bapanya tidak pernah menghidap sebarang penyakit kronik kecuali sakit biasa kerana usianya sudah lanjut.

“Keinginan arwah menunaikan haji sudah dipendam sejak sekian lama, namun gilirannya masih tidak kunjung tiba, malah pada awalnya kami turut pergi ke Tabung Haji (TH) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, namun dimaklumkan nama ibu dan arwah bapa tidak tersenarai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 9:58 AM