SEKITAR Majlis Pembukaan Cawangan Baharu Better Solution Sdn Bhd dan Majlis Menandatangani MoC dengan Credit Bureau Malaysia.
SEKITAR Majlis Pembukaan Cawangan Baharu Better Solution Sdn Bhd dan Majlis Menandatangani MoC dengan Credit Bureau Malaysia.
Oleh Alias Abd Rani


Johor Bahru: Bukan mudah untuk seseorang mendapatkan pinjaman dengan mana-mana bank jika prosedur diperlukan tidak dilakukan dengan betul.

Namun, semua perkara ini boleh menjadi lebih lancar sekiranya berurusan dengan Better Solution Sdn Bhd, iaitu syarikat yang menyediakan khidmat nasihat kewangan.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Better Solution Sdn Bhd, Khairul Anwar Shamsul Bahri, berkata senario itu menyebabkan kebanyakan mereka seolah-olah 'menyerah kalah' kerana urusan pinjaman dengan bank menemui jalan buntu.

Beliau berkata, menyedari situasi seperti ini, Better Solution Sdn Bhd tampil membantu malah kebanyakan pinjaman yang dipohon dengan bank lulus selepas mendapat khidmat nasihat dengan syarikat ini.

"Kita menyediakan khidmat untuk mereka yang berdepan kesukaran mendapat pinjaman selepas kerap turun naik dengan bank.

"Alhamdulillah, maklum balas yang diterima mendapati mereka berjaya mendapat pinjaman selepas mengikut nasihat kami.

"Menariknya, kakitangan di syarikat kami terdiri daripada bekas pekerja bank dan juga ejen hartanah yang sangat berpengalaman dalam bidang ini.

"Dari situlah kita mendidik mereka mematuhi syarat-syarat dan keperluan pinjaman bank untuk membolehkan pinjaman mereka lulus dengan lebih lancar.

"Selain itu, kita juga menyediakan penyelesaian berkaitan hartanah jadi, kita bergabung tenaga dan kepakaran bagi memudahkan urusan pelanggan," katanya ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Cawangan Baharu dan Majlis Menandatangani MoC dengan Credit Bureau Malaysia, di sini.

Cawangan berkenaan adalah yang ketiga selepas pembukaan Ibu Pejabat Better Solution Sdn Bhd di Setapak, Kuala Lumpur, diikuti oleh Ipoh, Perak.

Langkah seterusnya ialah syarikat ini dijangka mengembangkan lagi operasinya di Kedah dan juga Terengganu pada masa akan datang.

Di samping itu, Khairul Anwar berkata, penubuhan Better Solution adalah bertujuan membantu masyarakat sekitar celik mengenai bagaimana cara yang betul memohon pinjaman bank.

Katanya, ini kerana kebanyakan orang ramai tidak mengetahui cara bagaimana memohon pinjaman dan Better Solution akan memberi khidmat nasihat yang bersesuaian dengan situasi semasa mereka.

"Sehingga kini, ramai mereka di luar sana sudah mendapatkan khidmat nasihat dengan Better Solution setiap bulan dari segi pengurusan kewangan.

"Mereka yang disenaraihitam juga boleh datang ke pejabat dan kita akan melihat masalah seterusnya memberi nasihat yang betul dan sesuai.

"Ada ahli perniagaan yang mahu mengembang syarikat pun datang berjumpa kami seterusnya mempermudahkan urusan dengan pihak bank." katanya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Rasmi Better Solution.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mei 2024 @ 8:01 AM