MUHAMAD Hisyam berusia tujuh bulan ketika ayahnya masih dalam tawanan penculik.
MUHAMAD Hisyam berusia tujuh bulan ketika ayahnya masih dalam tawanan penculik.
Oleh Ardyhansah Amat

Kota Kinabalu: Selepas hampir lapan bulan menjadi tawanan sekumpulan penculik di selatan Filipina, Lans Koperal Zakia Aliep tergamam seketika apabila melihat anak sulungnya Muhamad Hisyam Izuddin yang berusia setahun sudah mampu berjalan ketika pertama kali bersua, kelmarin.

Dalam pertemuan bermakna kira-kira jam 1.30 petang di sebuah lokasi di bandar raya ini, Zakia, 27, hanya mampu menitiskan air mata sambil memeluk Muhamad Hisyam dan isterinya Sharifah Erna Berson, 23.

Turut hadir, ibu bapa Zakia, Aleip Sadu, 53, dan Juna Gumbur, 55, yang tidak pernah berhenti mendoakan keselamatan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) sejak diculik Julai lalu.

Sharifah Erna yang dihubungi semalam menyatakan rasa syukur tidak terhingga kerana mereka sekeluarga dapat berkumpul semula selepas hampir lapan bulan terpisah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 7:55 AM