Oleh Mohd Razlan Salleh

Kota Kinabalu: Anggota Pasukan Polis Marin (PPM), Lans Koperal Zakia Aleip, 27, yang dibebaskan pasukan keselamatan Sabtu lalu, kini menjalani rawatan kesihatan termasuk mendapatkan rawatan psikologi dan kaunseling sebelum dibenarkan kembali bertugas.

Menurut sumber, anggota terbabit menjalani sesi rawatan yang memasuki hari kedua bersama pakar psikologi dan kaunseling berikutan mungkin mengalami trauma sepanjang lapan bulan menjadi tebusan kumpulan pengganas dari selatan Filipina.

“Ini cuma langkah pemantauan dan kesihatan Zakia dilaporkan pada tahap baik.

“Dia (Zakia) terpaksa menjalani rawatan kerana bimbang mengalami trauma sehingga menjejaskan fokus apabila menjalankan tugas pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Sumber berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahukan Zakia benar-benar pulih dari segi fizikal, mental dan rohani sebelum dibenarkan bertugas.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mac 2015 @ 9:55 AM