TENGKU Hassanal Ibrahim Alam Shah. FOTO Instagram/ this.7
TENGKU Hassanal Ibrahim Alam Shah. FOTO Instagram/ this.7
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memohon orang ramai supaya menghormati keputusan dan privasi peribadi berkaitan perkahwinannya kelak.

Tengku Hassanal menerusi hantaran di Instagram berkata, soal perkahwinan harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai.

"Sebagai seorang putera raja dan waris ganti negeri, saya sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.

"Namun, saya memohon supaya keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.

"Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya," titahnya.

Tengku Hassanal berkata, buat masa ini, beliau komited mahu berkhidmat kepada Raja dan negeri.

"Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan negeri, dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

"Sokongan anda semua amat saya hargai. Terima kasih," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Julai 2024 @ 8:31 AM