SAIFUL Ikwan
SAIFUL Ikwan
Oleh Mohd Razlan Salleh

Tuaran: “Walaupun abang (Zakia Aleip) ditangkap orang jahat, saya tetap mahu menjadi anggota polis sepertinya,” kata Saiful Ikwan Aleip, 11, yang tidak sabar untuk menemui abangnya itu selepas dibebaskan kumpulan penculik di selatan Filipina, Sabtu lalu.

Ketika ditemui di rumahnya di Tenghilan, murid Tahun Lima itu mengakui sangat berminat dengan kerjaya sebagai pasukan keselamatan dan menjadikan abang ketiganya itu sebagai idola.

“Sudah lama kami tidak bermain bersama-sama dan saya sangat merinduinya.

“Dulu abang selalu bawa saya jalan-jalan sekiranya bercuti,” katanya.

Saiful berkata, sepanjang abangnya diculik, dia mengakui sangat sedih dan hilang tempat bermanja.

“Sekarang dia sudah dibebaskan dan tidak sabar menanti kepulangannya di rumah,” katanya.

Sementara itu, abang sulung mangsa, Zakria, 35, berkata, adik bongsu mereka sangat rapat dengan Zakia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 8:56 AM