FOTO fail menunjukkan penduduk melarikan diri ketika serangan di kem pelarian al-Maghazi, utara Gaza, pada 7 Oktober lalu. FOTO AFP
FOTO fail menunjukkan penduduk melarikan diri ketika serangan di kem pelarian al-Maghazi, utara Gaza, pada 7 Oktober lalu. FOTO AFP
AFP

Baitulmaqdis: Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di beberapa kem pelarian, semalam.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qudra berkata, serangan itu memusnahkan rumah di kem Al-Maghazi di tengah wilayah Palestin.

Katanya, jumlah mangsa meninggal dunia akibat pembunuhan beramai-ramai Israel di kem Al-Maghazi meningkat kepada 70 orang setakat ini.

"Serangan itu memusnahkan blok kediaman dan angka kematian kemungkinan meningkat berdasarkan jumlah sebenar keluarga yang tinggal di situ.

"Selain itu, 10 sekeluarga terbunuh dalam serangan Israel ke atas rumah mereka di kem Jabalia di utara Gaza," katanya.

Sementara itu, jurucakap tentera Israel ketika dihubungi AFP berkata, pihaknya akan menyemak laporan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Disember 2023 @ 10:40 AM