Gambar yang diambil dari sempadan antara Israel dan Gaza menunjukkan asap berkepul-kepul semasa pengeboman Israel di Semenanjung Gaza pada waktu matahari terbenam pada 17 November 2023. FOTO AFP
Gambar yang diambil dari sempadan antara Israel dan Gaza menunjukkan asap berkepul-kepul semasa pengeboman Israel di Semenanjung Gaza pada waktu matahari terbenam pada 17 November 2023. FOTO AFP
AFP

Semenanjung Gaza: Serangan udara, kemusnahan rumah dan kematian orang tersayang kerana bom, penduduk Palestin yang melarikan diri dari utara Semenanjung Gaza atas arahan Israel tidak menemui 'tempat selamat' seperti dijanjikan.

Nada Abu Hiya baru berusia lapan tahun dan mengalami pengeboman ketiganya dalam perang di kem pelarian Nuseirat pada hari Jumaat.

"Mula-mula mereka mengebom rumah datuk saya di mana kami tinggal" di Bandar Gaza. Kemudian mereka pergi ke Deir el-Balah di mana kami di bom lagi.

"Jadi kami datang ke sini (kem pelarian Nuseirat) dan mereka mengebom kami lagi," karanya kepada AFP.

Pada waktu Subuh pada Jumaat, sebuah pesawat Israel mengebom kem Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza, membunuh 18 orang menurut pegawai kesihatan dalam kerajaan yang dikendalikan Hamas.

"Terdapat pengeboman di mana-mana. Nenek, datuk, ibu dan bapa saudara semua sudah meninggal dunia.

"Mereka musnahkan rumah kami. Rumah jiran kami juga musnah dan mereka semua sudah meninggal dunia," kata Nada.

Kanak-kanak itu adalah antara ratusan ribu rakyat Palestin yang melarikan diri dari Kota Gaza dan bahagian lain di utara dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas tentera Israel mengarahkan penduduk berpindah ke selatan ketika mereka melancarkan serangan tentera untuk menggulingkan pemerintah Hamas di wilayah itu

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), secara keseluruhan, lebih 1.5 juta orang kehilangan tempat tinggal di Gaza, hampir dua pertiga daripada penduduk wilayah itu.

Menurut Hamas, serangan udara dan darat tentera membunuh 12,000 orang, termasuk 5,000 kanak-kanak di Palestin.

Mangsa pengeboman Jumaat di Nuseirat termasuk tujuh saudara mara Azhar al-Rifi, tiga daripadanya kanak-kanak.

Ia adalah kali kedua keluarganya dibom.

Rifi, 36, mula-mula melarikan diri ke utara untuk tinggal bersama saudara mara di Deir el-Balah, hanya untuk rumah mereka dimusnahkan.

Dia kemudian mencari perlindungan di kem Nuseirat dan Rifi dimasukkan ke hospital di Deir al-Balah dengan kecederaan di kaki, manakala anak lelakinya Mohammed yang berusia dua tahun terselamat dengan kecederaan di kepala.

"Mereka kata selatan lebih selamat, jadi kami berpindah," katanya.

Tetapi anak saudaranya Joud yang berusia lima tahun telah dibunuh.

"Dua minggu lalu, ibunya meninggal dunia, jadi suami saya memutuskan dia untuk tinggal bersama kami," katanya.

"Joud tiba malam tadi dan berkata kepada saya: 'Sekarang ibu saya sudah meninggal, saya tidak boleh memanggil sesiapa lagi ibu'.

"Saya menjawab: 'Saya ibu awak'.

"Budak itu pergi tidur di dalam bilik bersama 12 kanak-kanak lain, katanya.

"Pada jam 4 pagi dia dibawa pergi dari kami.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 November 2023 @ 8:27 AM