KEBAKARAN bangunan akibat serangan Israel di Bandar Gaza. FOTO AFP
KEBAKARAN bangunan akibat serangan Israel di Bandar Gaza. FOTO AFP
Reuters

Gaza City: Agensi berita Palestin, WAFA berkata, seramai 51 rakyat Palestin, terutama wanita dan kanak-kanak terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam pengeboman Israel ke atas kem Maghazi di Gaza pada malam Sabtu.

Bagaimanapun, Reuters tidak dapat mengesahkan laporan WAFA berkenaan.

Tentera Israel tidak memberi maklum balas ketika diminta memberikan komen.

Jurucakap kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas di Gaza, Ashraf al-Qidra, berkata tanpa memberikan angka yang tepat, memaklumkan sejumlah besar rakyat terbunuh, sambil menambah ramai yang parah dirawat di wad kecemasan hospital.

Maghazi terletak di Kegubernuran Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 November 2023 @ 8:53 AM