PETUGAS menulis nama kanak-kanak pada kain kafan yang meninggal dunia akibat serangan Israel di hadapan bilik mayat Hospital Al-Aqsa di Deir Balah, Gaza. FOTO AFP
PETUGAS menulis nama kanak-kanak pada kain kafan yang meninggal dunia akibat serangan Israel di hadapan bilik mayat Hospital Al-Aqsa di Deir Balah, Gaza. FOTO AFP
Agensi

Gaza: Angka kematian di Gaza akibat pengeboman berterusan Israel meningkat kepada 4,651, termasuk 1,873 kanak-kanak, kata Kementerian Kesihatan di kawasan dikepung pada Ahad.

Jurucakap kementerian Ashraf Qudra dalam berkata, 1,023 wanita juga antara yang terkorban dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober.

Jumlah yang cedera pula sudah mencecah 14,245, tambah jurucakap itu.

Israel melakukan serangan berterusan dan sekatan ke atas Gaza selepas Hamas menyerang wilayah diduduki menerusi Operasi Taufan Al-Aqsa yang mengorbankan 1,400 orang.

Serangan balas rejim itu bagaimanapun menyebabkan penduduk Palestin menderita krisis kemanusiaan apabila tiada bekalan elektrik, air, makanan, bekalan perubatan dan bahan air.

Konvoi bantuan kemanusiaan pertama hanya memasuki Gaza selepas rundingan beberapa hari, pada Sabtu menerusi sempadan Rafah di Mesir.

MAYAT kanak-kanak daripada keluarga Nateel dengan nama ditulis pada kaki mereka, terbaring di hospital in Deir el-Balah susulan serangan udara di tengah Gaza, semalam. FOTO AFP.
MAYAT kanak-kanak daripada keluarga Nateel dengan nama ditulis pada kaki mereka, terbaring di hospital in Deir el-Balah susulan serangan udara di tengah Gaza, semalam. FOTO AFP.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2023 @ 9:39 AM