Keadaan kem pelarian Nuseirat selepas serangan Israel. FOTO AFP
Keadaan kem pelarian Nuseirat selepas serangan Israel. FOTO AFP

Gaza: Israel meneruskan pengebomannya ke atas Gaza pada Sabtu ketika seorang menteri kabinet perang kelihatan bersedia untuk meneruskan ancamannya untuk keluar dari sebuah kerajaan di bawah tekanan yang semakin meningkat terhadap pengendalian kempen ketenteraannya.

Serangan melanda pelbagai bahagian di Semenanjung Gaza dan tertumpu di kawasan tengah wilayah Palestin, lapor saksi dan wartawan AFP.

Tentera Israel mengakui ia melakukan serangan di kem pelarian Nuseirat, mengatakan ia menyasarkan pangkalan Hamas.

Hamas, yang telah memerintah Gaza sejak 2007, menuduh tentera memberikan "maklumat palsu". Kumpulan itu berkata tiga orang Israel yang disenaraikan sebagai mati sebenarnya masih hidup.

UNRWA, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin yang mengendalikan sekolah itu, mengecam Israel kerana menyerang kemudahan yang dikatakan telah menempatkan 6,000 orang yang kehilangan tempat tinggal.

Dalam catatan di platform media sosial X, agensi itu berkata "sekolah yang kini menjadi tempat perlindungan" telah dibedil "tanpa amaran terlebih dahulu".

"Mensasarkan premis PBB atau menggunakan untuk tujuan ketenteraan tidak boleh menjadi norma baharu. Ini mesti dihentikan dan semua pihak harus bertanggungjawab," katanya.

Israel menuduh Hamas dan sekutunya di Gaza menggunakan infrastruktur awam, termasuk kemudahan yang dikendalikan PBB, sebagai pusat operasi.

Bagaimanapun, Hamas menafikan tuduhan itu.

Sementara itu, di bandar sama pada Sabtu, lima orang terbunuh dan tujuh cedera apabila sebuah pesawat pejuang Israel mengebom rumah keluarga Mhana di kawasan kejiranan Sheikh Radwan, kata perkhidmatan kecemasan Gaza.

Di tempat lain, pakar perubatan di hospital Al-Aqsa Martyrs berkata enam orang terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan roket Israel ke atas kem pelarian Bureij di tengah Gaza, di mana saksi berkata pertempuran senjata berlaku.

Tentera Israel berkata ia menyerang "berpuluh-puluh sel pengganas dan infrastruktur" di Deir al-Balah dan Bureij. Tentera juga sedang menjalankan operasi di Rafah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Jun 2024 @ 5:48 PM