PENDUDUK Palestin mencari dan menyelamat mangsa di bawah bangunan di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza yang runtuh akibat serangan Israel, semalam. FOTO AFP.
PENDUDUK Palestin mencari dan menyelamat mangsa di bawah bangunan di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza yang runtuh akibat serangan Israel, semalam. FOTO AFP.
Agensi

Gaza: Dalam tempoh 24 jam lalu, 300 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan udara Israel dengan kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut Kementerian Kesihatan.

Reuters melaporkan seramai 800 orang lagi dilapor cedera.

Semalam, kementerian itu memaklumkan jumlah kematian meningkat kepada 2,215 orang di Semenanjung Gaza.

Antara yang terkorban adalah 724 kanak-kanak dan 458 wanita, manakala mangsa cedera meningkat kepada 8,714 orang termasuk 2,450 kanak-kanak dan 1,536 wanita.

PENDUDUK mengangkat jenazah Mahmud Shadeh, 27, yang terkorban ketika pertempuran dengan tentera Israel di Tebing Barat. FOTO AFP.
PENDUDUK mengangkat jenazah Mahmud Shadeh, 27, yang terkorban ketika pertempuran dengan tentera Israel di Tebing Barat. FOTO AFP.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Oktober 2023 @ 10:06 AM