PENDUDUK Palestin yang meninggalkan kediaman mereka susulan serangan udara Israel, kii berlindung di sekolah pelarian di Gaza. FOTO AFP.
PENDUDUK Palestin yang meninggalkan kediaman mereka susulan serangan udara Israel, kii berlindung di sekolah pelarian di Gaza. FOTO AFP.
Agensi

Baitulmaqdis: Sekurang-kurangnya 126 penduduk Palestin termasuk 31 kanak-kanak terkorban, manakala 920 cedera lagi cedera susulan konflik Israel-Palestin yang berlarutan sejak Isnin lalu.

Angka kematian juga dijangka meningkat akibat serangan berterusan Israel, termasuk di kem pelarian Shati di Gaza yang menyebabkan lapan korban membabitkan enam kanak-kanak, manakala beberapa lagi terperangkap dalam runtuhan.

Ribuan keluarga Palestin melarikan diri dan kini berlindung di sekolah kendalian Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di utara Gaza.

PBB menganggarkan kira-kira 10,000 penduduk Palestin sudah meninggalkan kediaman mereka di Gaza di tengah kekejaman serangan Israel.

Walaupun terdapat desakan antarabangsa yang menuntut konflik itu dihentikan termasuk daripada Ketua PBB Antonio Guterres, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berikrar serangan akan berlanjutan 'demi memulihkan ketenangan negara itu'.

Awal pagi Sabtu, pejuang Hamas melepaskan roket ke atas tanah jajahan Israel yang memusnahkan bandar Ashdod.

Sekurang-kurangnya sembila rakyat Israel terbunuh. Tentera negara itu mendakwa ratusan roket dilepaskan dari Gaza ke beberapa lokasi di Israel, dan pihaknya menggandakan pertahanan di wilayah timur.

Dalam pada itu, ketegangan antara penduduk Israel dan Palestin berlaku di Tebing Barat dan jajahan Israel, dengan 11 penduduk Palestin terbunuh menerusi serbuan pihak keselamatan Israel di Tebing Barat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Mei 2021 @ 10:57 AM