SAUDARA Mahmoud al-Masri, 30, melihat jenazahnya selepas dia mati ditembak tentera Israel ketika menyertai bantahan di Khan Yunis, Gaza. - Foto AFP
SAUDARA Mahmoud al-Masri, 30, melihat jenazahnya selepas dia mati ditembak tentera Israel ketika menyertai bantahan di Khan Yunis, Gaza. - Foto AFP
AFP

MAHMOUD al-Masri, 30, menjadi penduduk Palestine pertama maut ditembak tentera Israel ketika menyertai bantahan di Gaza, semalam, manakala seorang lagi kini kritikal selepas terkena tembakan di kepala.

Tentera Israel mengesahkan menembak dua ‘perusuh Palestin’ di Khan Yunis, Ghaza, selepas mengenal pasti mereka sebagai kettua kumpulan perusuh yang membakar tayar serta membaling batu ke arah pasukan keselmatan Israel.

Pertempuran antara penduduk Palestin berlaku di beberapa kawasan di Gaza dekat tembok sempadan Israel serta di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, sehari selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Polis Israel melepaskan tembakan gas pemedih mata di  Ramallah, Tebing Barat. Lebih 250 penduduk Palestin cedera akibat gas pemedih mata serta tembakan peluru getah dan peluru hidup. - Foto REUTERS/EPA

Menurut laporan pasuskan perubatan Palestin, lebih 250 orang cedera akibat terhidu gas pemedih mata serta tembakan peluru getah dan peluru hidup.

Tentera Israel menyatakan ‘rusuhan ganas’ berlaku di 30 lokasi di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Di Tebing Barat sahaja, 3,000 penduduk Palestinian terbabit dalam bantahan itu manakala di Gaza, ratusan bertempur dengan anggota keselamatan Israel.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Disember 2017 @ 1:44 AM