SEJAK Januari lalu, lebih 1,400 pendatang diselamatkan oleh pengawal pantai British atau Perancis. FOTO AFP
SEJAK Januari lalu, lebih 1,400 pendatang diselamatkan oleh pengawal pantai British atau Perancis. FOTO AFP
AFP

LILLE (PERANCIS): Sekurang-kurangnya 31 pendatang diselamatkan di Selat Inggeris hari ini selepas cuba berlayar ke Britain menerusi dua bot getah.

Pihak berkuasa maritim Perancis berkata, daripada 31 pendatang itu seorang remaja dan empat kanak-kanak antara yang menghadapi masalah di laut berkenaan dan menghubungi perkhidmatan kecemasan bagi mendapatkan bantuan.

Pendatang yang berasal dari Iran, Iraq dan Afghanistan berjaya diselamatkan pada awal pagi tadi dan dibawa ke Perancis dan beberapa darinya mengalami hipotermia.

Bot berkenaan dilambung ombak dan satu daripadanya tenggelam sejurus selepas penumpang berjaya diselamatkan, menurut satu kenyataan.

Sejak Januari lalu, lebih 1,400 pendatang diselamatkan oleh pengawal pantai British atau Perancis, dua kali ganda lebih tinggi berbanding 2018, menurut angka rasmi pihak berkuasa Perancis.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Oktober 2019 @ 8:29 PM