GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
AFP

NICE: Pihak berkuasa menemui seramai 31 pendatang asing dari Pakistan menyorok di dalam sebuah lori di selatan Perancis semalam.

Pendakwa raya di Nice berkata, pemandu lori yang juga dari negara itu ditahan.

Percubaan 31 pendatang asing berkenaan memasuki Perancis terbongkar ketika pihak berkuasa melakukan pemeriksaan berhampiran sempadan Itali.

Pendatang asing itu yang termasuk tiga remaja diserahkan kepada pihak berkuasa Itali mengikut prosedur imigresen.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Perancis akan melakukan siasatan bagi menjejaki dalang di sebalik kes terbabit.

Penemuan itu susulan insiden seramai 39 pendatang asing yang dipercayai warga negara Vietnam ditemui mati dalam sebuah kontena di Britain baru-baru ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 November 2019 @ 9:05 PM