SERAMAI 635 warga Afghan di kem Moria dipindahkan awal pagi. FOTO AFP
SERAMAI 635 warga Afghan di kem Moria dipindahkan awal pagi. FOTO AFP
AFP

MORIA: Pegawai Greek dan pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memindahkan kumpulan pertama ratusan pendatang dari pulau Lesbos, di sini, hari ini.

Kumpulan pertama seramai 635 warga Afghan di kem Moria dipindahkan awal pagi tadi ke utara Greece dengan menaiki bas polis di bawah pengawasan pekerja agensi pelarian PBB.

Pendatang berkenaan dibawa ke kapal Caldera Vista dari pelabuhan Thessaloniki di tanah besar Greece.

Sementara itu, 700 pendatang lain dipindahkan lewat petang tadi, berikutan keputusan yang diambil kerajaan Greece dalam satu mesyuarat kecemasan Sabtu lalu.

Pentadbiran konservatif baru bersetuju melakukan pemindahan kecemasan pendatang dengan mengutamakan kanak-kanak di bawah umur yang tiada penjaga dan mereka yang dalam kemudaratan.

Mereka juga bersetuju menghapuskan prosedur rayuan untuk pencari suaka bagi memudahkan mereka pulang ke Turki.

Ketegangan antara kedua-dua negara semakin meningkat akibat jumlah pendatang yang semakin membanjiri Aegean di Greece, di luar pantai Turki.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 September 2019 @ 12:02 AM