ANGGOTA keselamatan sedang mengawal di depan rumah gereja. FOTO/AGENSI
ANGGOTA keselamatan sedang mengawal di depan rumah gereja. FOTO/AGENSI
AFP

COLOMBO: Beberapa gereja di Sri Lanka menangguhkan semua upacara keagamaan berikutan terdapat kebimbangan terhadap keselamatan penganutnya susulan serangan bom yang mengorbankan hampir 360 orang.

AFP melaporkan, pihak keselamatan turut melakukan penahanan suspek baru ketika kerajaan berdepan tekanan apabila gagal bertindak selepas menerima maklumat risikan mengenai kemungkinan berlakunya serangan bom.

Setakat ini, polis sudah menahan seramai 75 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan serangan itu namun keadaan masih tegang kerana kerana terdapat beberapa suspek gagal dikesan.

Brigadier Sumith Atapattu berkata turut menambah jumlah anggota daripada 1,300 kepada 6,300 orang manakala tentera laut dan udara menempatkan seramai 2,000 anggota.

Pihak berkuasa mengumumkan larangan penggunaan dron dan menggantung lesen yang dikeluarkan kepada syarikat komersil berkuat kuasa serta merta.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2019 @ 4:52 PM