GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Reuters

COLOMBO: Kerajaan Sri Lanka sudah menarik balik sekatan terhadap akses media sosial untuk menghalang penyebaran khabar angin susulan insiden serangan bom pada Ahad lalu.

Reuters yang memetik sumber melaporkan, sekatan terhadap aplikasi seperti Facebook, WhatsApp dan Viber sudah ditarik balik berkuat kuasa serta merta.

Kerajaan mengambil langkah memperketatkan keselamatan sejak serangan bom yang berlaku pada 21 April itu.

Serangan di beberapa gereja dan hotel mewah itu mengorbankan lebih 250 orang termasuk 42 rakyat asing.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2019 @ 2:48 PM