SRI Lanka menyekat beberapa rangkaian media sosial dan aplikasi mesej selepas serangan di masjid dan beberapa pemilik kedai beragama Islam. FOTO REUTERS
SRI Lanka menyekat beberapa rangkaian media sosial dan aplikasi mesej selepas serangan di masjid dan beberapa pemilik kedai beragama Islam. FOTO REUTERS
Reuters

COLOMBO: Kerajaan Sri Lanka menyekat sementara beberapa rangkaian media sosial dan aplikasi mesej termasuk Facebook dan WhatsApp, selepas serangan di masjid dan beberapa pemilik kedai beragama Islam.

Reuters melaporkan, berpuluh-puluh orang membaling batu ke arah masjid dan pemilik kedai beragama Islam.

Seorang lelaki dipukul di bandar Chilaw di bahagian pantai barat dalam pertikaian yang bermula daripada laman Facebook.

Pihak berkuasa menahan pemilik akuan Facebook, dikenal pasti sebagai Abdul Hameed Mohamed Hasmar, 38, yang menulis ‘satu hari nanti anda akan menangis’ yang dianggap sebagai satu ugutan.

Sumber polis berkata, sebuah kumpulan dekat kawasan Kuliyapitiya dan Dummalasuriya turut ditahan kerana menyerang peniaga Islam.

Jurucakap tentera, Sumith Atapattu berkata, penduduk di kawasan itu kemudian meminta agar lelaki yang ditahan itu dibebaskan.

“Polis terpaksa mengeluarkan perintah berkurung untuk mengawal keadaan ketika waktu malam,” kata Atapattu.

Keadaan ganas bermula tiga minggu sejak serangan bom berani mati yang dilancarkan satu kumpulan militan di empat buah hotel dan tiga gereja mengorbankan lebih 250 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mei 2019 @ 12:59 PM