WIJEWARDENE semasa menghadiri sidang media di Colombo. FOTO AFP
WIJEWARDENE semasa menghadiri sidang media di Colombo. FOTO AFP
AFP

COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka menahan 18 lagi suspek baru yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan bom Ahad lalu hingga mengorbankan lebih 350 orang.

AFP yang memetik Timbalan Menteri Pertahanan, Ruwan Wijewardene pada sidang media berkata, kemungkinan lebih ramai lagi akan ditahan dalam tempoh beberapa hari lagi dan secara keseluruhannya seramai 58 orang ditahan setakat ini.

Dia mendedahkan maklumat baru mengenai pengebom apabila salah seorang daripada mereka pernah melanjutkan pengajian di Britain dan pengajian pasca siswazah di Australia sebelum kembali ke Sri Lanka.

Katanya, suspek lain pula dipercayai pernah ke luar negara.

“Kebanyakan mereka ini mempunyai latar belakang pendidikan tinggi serta berasal dari keluarga kelas pertengahan dan atasan.

“Jadi, mereka ini golongan berkemampuan dan keluarga juga tidak ada masalah kewangan. Ini faktor yang membimbangkan, katanya.

Kumpulan militan Daish semalam mengaku bertanggungjawab melakukan siri serangan bunuh diri ke atas gereja dan hotel di ibu kota Sri Lanka itu selepas mendedahkan sekeping gambar dan video anggotanya melakukan serangan terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 April 2019 @ 5:01 PM