TUN Dr Mahathir Mohammad (dua dari kanan) memberi plak penghargaan kepada Tusvendran Pillai dari Techtraders (kanan) di Perdana Leadership Foundation sebagai mengiktiraf sumbangan mereka dalam inisiatif  pelepasan karbon sifar Malaysia.
TUN Dr Mahathir Mohammad (dua dari kanan) memberi plak penghargaan kepada Tusvendran Pillai dari Techtraders (kanan) di Perdana Leadership Foundation sebagai mengiktiraf sumbangan mereka dalam inisiatif pelepasan karbon sifar Malaysia.
Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Techtraders Sdn Bhd, akademi saham global di Malaysia komited memainkan peranannya dalam inisiatif hijau dan lestari menerusi perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Usaha Sahoca Entrepreneur Association (SEA), Tsubame E-Time dari Jepun, J-Will Corporation Ltd dan Persatuan Jepun-Malay (Kemeja) untuk mengembangkan teknologi motosikal elektrik di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Techtraders, Tusvendran Pillai berkata, sebagai penaja platinum dalam usaha pelepasan karbon sifar, inisiatif dimainkan syarikat sebahagian daripada memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), khususnya SDG 7 (Tenaga Bersih dan Boleh Diperbaharui) dan SDG 13 (Tindakan Iklim).

Katanya, Techtraders tidak hanya menyediakan sokongan kewangan yang kukuh untuk acara MoU terbabit, tetapi memperlihatkan kepemimpinan dalam pemasaran dan promosi inisiatif ini.

"Dengan jaringan dan sumber daya luas, Techtraders memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran pentingnya teknologi motosikal elektrik dalam mengurangkan emisi karbon dan mendorong Malaysia menuju matlamat pelepasan karbon sifar menjelang tahun 2050.

"Techtraders mengambil langkah lebih jauh dengan menawarkan keahlian dan sumber daya industri dalam strategi kewangan dan pelaburan sangat penting dalam fasa pengembangan dan pelaksanaan projek.

"Melalui pendidikan dan latihan, Techtraders membantu membangun kapasiti dan pengetahuan lokal mengenai pengelolaan kewangan dan operasi efisien (aspek kritikal dalam menjalankan projek berfokus pada teknologi hijau)," katanya.

Tusvendran berkata, Techtraders tidak hanya menegaskan peranannya sebagai pemimpin dalam sektor kewangan dan saham di Malaysia tetapi sebagai pelopor dalam mendukung inisiatif bertanggungjawab.

Menurutnya, langkah ini cerminan misi dan visi syarikat untuk tidak hanya mencapai keberhasilan komersial, tetapi juga memberi sumbangan bermakna terhadap planet dan masyarakat keseluruhan.

"Seiring visi syarikat, kami mahu menambah baik dan memperkayakan kehidupan orang ramai dengan produk dan perkhidmatan kewangan yang memberi maklumat dan mendidik.

"Selain itu, Techtraders komited membentuk masa depan pelaburan dengan menyediakan pertumbuhan intelektual untuk berjaya dalam pasaran kewangan dan menjadikannya secara universal yang boleh diakses," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Disember 2023 @ 6:00 AM