KUALA LUMPUR 08 OGOS 2019. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalankan projek kemasyarakatan yang bertunjangkan kepada Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG).
KUALA LUMPUR 08 OGOS 2019. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalankan projek kemasyarakatan yang bertunjangkan kepada Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG).
Fazurawati Che Lah


PEMBANGUNAN lestari bukan hanya agenda alam sekitar tetapi juga kesejahteraan komuniti dan pertumbuhan ekonomi menyeluruh.

Ia membabitkan falsafah dan apa yang kita lakukan hari ini tidak memudaratkan keupayaan kehidupan anak cucu pada masa depan.

Menyedari hakikat ini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjalankan projek kemasyarakatan yang bertunjangkan kepada Matlamat Pembangunan Lestari atau Sustainable Development Goals (SDG).

SDG menjadi agenda global apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperkenalkan 17 matlamat yang perlu dicapai semua negara menjelang 2030.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar berkata, pihaknya terus mempromosi kampus hijau dan lestari apabila menjadi universiti pertama di negara ini melancarkan TELEPOD-UTM melalui penggunaan skuter elektrik dalam kampus.

Katanya, inisiatif itu bagi memperkenalkan teknologi penggunaan pengangkutan rendah tenaga dengan penyediaan alternatif pengangkutan, selain mempromosikan budaya hidup sihat dan lestari.

“UTM adalah universiti pertama terpilih menjalinkan kerjasama ini dan antara pelopor yang menekankan aspek kelestarian jejak karbon serta dimasukkan dalam pelan global pencapaian UTM sejak 2015.

JOHOR BAHRU: 27 FEBRUARI 2019 Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar (kanan) menaiki skuter selepas melancarkan TELEPOD-UTM melalui penggunaan skuter elektrik dalam kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor Bahru. FOTO ihsan UTM
JOHOR BAHRU: 27 FEBRUARI 2019 Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar (kanan) menaiki skuter selepas melancarkan TELEPOD-UTM melalui penggunaan skuter elektrik dalam kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai Johor Bahru. FOTO ihsan UTM

“Peranan universiti amat besar dalam membantu negara mencapai SDG untuk kelestarian masyarakat dan melalui pelaksanaan kerjasama TELEPOD-UTM akan membantu mencapai sasaran SGD,” katanya.

Menurutnya, penggunaan skuter elektrik itu sepatutnya memberikan kegembiraan kepada warga kampus apatah lagi ia tanpa karbon.

“Sebab itu saya katakan skuter ditawarkan TELEPOD ini inisiatif terkini UTM dalam mempromosi Kampus Hijau dan Kampus Lestari.

“Malah penggunaannya juga mudah dengan pelajar dikehendaki memuat turun aplikasi TELEPOD yang turut disertakan bacaan kod Respons Pantas (QR) ketika berurusan,” katanya.

Beliau berkata, peranan universiti amat besar dalam membantu negara mencapai SDG untuk kelestarian masyarakat.

“Ia merangkumi usaha memastikan akses kepada tenaga yang mampu dimiliki boleh dipercayai, lestari dan moden untuk semua,” katanya.

Selain itu, UTM turut membabitkan pelajar untuk mencapai SDG dengan mengadakan pelbagai program lestari.

Antaranya, pelajar dari Kolej Rahman Putra (KRP) yang menjalankan projek KRP Riverdale 2019 untuk menyahut inisiatif SDG universiti dalam menjaga kebersihan sungai dan menanamkan sikap cintakan alam sekitar.

KUALA LUMPUR 24 JULAI 2019. Pro-Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur), Prof Dr Shamsul Sahibuddin (tengah) bergambar bersama peserta selepas melancarkan kempen Car Free Day dan 10,000 Langkah di dataran Universiti Teknologi Malaysia kampus Kuala Lumpur. FOTO Hafiz Sohaimi
KUALA LUMPUR 24 JULAI 2019. Pro-Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur), Prof Dr Shamsul Sahibuddin (tengah) bergambar bersama peserta selepas melancarkan kempen Car Free Day dan 10,000 Langkah di dataran Universiti Teknologi Malaysia kampus Kuala Lumpur. FOTO Hafiz Sohaimi

Program itu dianjurkan untuk mendidik masyarakat tentang penjagaan dan teknik pemuliharaan tahap kualiti air sungai, menyemarakkan semangat sukarelawan dan cintakan sungai serta alam sekitar.

KRP Riverdale membabitkan empat fasa iaitu kempen kitar semula botol plastik, pertandingan lakaran reka bentuk tanah bencah terapung (Sketch and Design Floating Wetland), penghasilan tanah bencah terapung dan perasmian program.

Fasa pertama iaitu Kempen Kitar Semula Botol Plastik dijalankan pada Mac dan April dengan matlamat mendapatkan 2,000 botol untuk digunakan sebagai bahan dalam membina tanah bencah terapung (floating wetlands)

Tanah bencah terapung ialah kebun atas air yang menggunakan teknik pembersihan dan pengekalan kebersihan air untuk kelestarian sungai.

Bencah itu dibina dengan cara penanaman tumbuhan di atas panel dan dipasang berdekatan kawasan sumber pencemaran secara terapung di permukaan air sungai.

Akar tumbuhan daripada kebun itu akan tumbuh ke dalam air dan meningkatkan kualiti air seterusnya menyediakan habitat untuk hidupan liar, kerana menyerap nutrien yang berlebihan daripada sisa haiwan serta sumber lain untuk mengurangkan kematian alga dan ikan.

Sementara itu, buat julung kalinya, UTM Kampus Kuala Lumpur menganjurkan program Hari Bebas Kenderaan (CFD) sejajar menyokong budaya komuniti rendah karbon dan memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus.

Program yang bermatlamat mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor di dalam kampus itu dijadual dilaksanakan secara berkala iaitu pada Rabu minggu keempat setiap bulan.

Pelaksanaan inisiatif pelestarian murni berkenaan adalah antara usaha dijalankan universiti ke arah penyediaan kampus lestari menerusi pembabitan aktif warga kampus.

Pro-Naib Canselor (Kampus UTM Kuala Lumpur), Profesor Dr Shamsul Sahibuddin berkata, penganjuran acara itu seiring komitmen universiti dalam menyokong matlamat SDG, di samping memberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan persekitaran hijau.

Sambutan yang diterima daripada staf juga amat menggalakkan kerana mendapat banyak manfaat melalui penyertaan dalam aktiviti sihat berkenaan.

RONDAAN menggunakan basikal antara inisiatif UTM untuk mencapai matlamat SDG.
RONDAAN menggunakan basikal antara inisiatif UTM untuk mencapai matlamat SDG.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Ogos 2019 @ 3:01 PM