ZULKARNAIN (kiri)  menyerahkan replika cek RM100,000 kepada Mohd Faiz.
ZULKARNAIN (kiri) menyerahkan replika cek RM100,000 kepada Mohd Faiz.

BANK Rakyat melalui Akaun Pelaburan-i Rizq Plus meneruskan inisiatif membantu memupuk tabiat melabur dan menyimpan dalam kalangan masyarakat.

Melalui penawaran produk pelaburan itu juga, ia dapat menggalakkan pelanggan melabur dan menyimpan secara konsisten bagi memenuhi komitmen kewangan mereka

Ketua Pegawai Perbankan Runcit Bank Rakyat, Zulkarnain Taman berkata, Akaun Pelaburan-i Rizq Plus menunjukkan komitmen Bank Rakyat yang sentiasa berusaha mempelbagaikan tawaran dalam produk dan perkhidmatannya.

"Melalui beberapa pilihan produk dan perkhidmatan, kami memenuhi keperluan pelanggan khususnya demi memenuhi komitmen kewangan mereka," katanya dalam kenyataan selepas majlis penyampaian hadiah pemenang cabutan Akaun Pelaburan-i Rizq Plus.

Bagi cabutan berkenaan, pelanggan bertuah, Mohd Faiz Abd Rahman membawa pulang RM100,000.

Katanya, dia bersyukur atas rezeki ini yang kali pertama dimenangi bagi hadiah produk pelaburan.

"Saya teruja dan berterima kasih kepada Bank Rakyat kerana memperkenalkan produk pelaburan mudah disertai seperti Akaun Pelaburan-i Rizq Plus.

"Selain mengembangkan wang simpanan, saya berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan boleh mengeluarkan wang pelaburan bila-bila masa," katanya.

Akaun Pelaburan-i Rizq Plus adalah akaun pelaburan sulung Bank Rakyat yang diperkenalkan pada Julai 2022 lalu bagi membolehkan pelanggan melabur dalam aktiviti kewangan patuh syariah.

Di samping memperoleh pulangan tinggi, pelanggan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM1 juta secara keseluruhan menerusi program cabutan hadiah bagi kategori cabutan bulanan dan setiap setengah tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2023 @ 7:20 AM