ANDREA Iannone digantung selama empat tahun. FOTO FB Andrea Iannone
ANDREA Iannone digantung selama empat tahun. FOTO FB Andrea Iannone
AFP

Lausanne: Pelumba MotoGP dari Itali, Andrea Iannone digantung selama empat tahun kerana kesalahan anti doping oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas mengemukakan rayuan.

Iannone, 31, digantung sejak Mac lalu selepas didapati positif bahan anabolic steroid di dalam sampel ujian air kencingnya ketika Grand Prix (GP) Malaysia di Sepang, November tahun lalu.

Pelumba Aprilia itu juga tidak dibenarkan beraksi pada dua pusingan terakhir musim 2019 iaitu di Malaysia dan Valencia.

CAS berkata, penggantungan pelumba Itali itu bermula sejak 17 Disember 2019.

Iannone sebelum ini menyatakan kandungan bahan terlarang itu masuk ke dalam badannya disebabkan memakan daging yang tercemar di Malaysia.

Bagaimanapun CAS menolak alasannya itu, sebaliknya menjatuhkan hukuman penggantungan selama empat tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 November 2020 @ 10:05 PM