PITT ketika penggambaran di Litar Silverstone. FOTO AFP
PITT ketika penggambaran di Litar Silverstone. FOTO AFP
Reuters

Silverstone: Kejutan mengenai tajuk filem Formula Satu (F1) yang sebelum ini tidak berjudul, yang sedang dalam pembikinan di litar perlumbaan di seluruh dunia untuk tayangan di pawagam Jun tahun depan, berakhir dengan pengumuman bahawa ia akan dipanggil... 'F1'.

Filem ini diterbitkan hasil kerjasama pasukan dan pemandu F1 serta diarahkan oleh Joseph Kosinski, yang mengarahkan filem 'Top Gun: Maverick' sehingga meraih kutipan AS$1.49 bilion (RM6.29 bilion) secara global, dengan Jerry Bruckheimer sebagai penerbit.

Filem ini akan disalurkan oleh Warner Bros Pictures di pawagam dan IMAX.

F1 mengatakan 'teaser' rasmi untuk filem ini akan dilancarkan pada Ahad ini, sebelum Grand Prix British di Silverstone di mana penggambaran sedang berlangsung.

Plot filem ini membabitkan Pitt, yang berusia 60 tahun dalam kehidupan sebenar, memegang watak bekas pemandu yang membuat kemunculan semula dalam F1 bersama Damson Idris, yang memegang watak rakan sepasukannya yang baharu, di pasukan fiksyen APXGP.

Pitt mengambil bahagian dalam pemanduan di litar dengan penggambaran di litar-litar di Eropah, Timur Tengah, dan Amerika Syarikat serta dengan nasihat daripada juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton, yang turut menjadi penerbit bersama.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Julai 2024 @ 9:46 PM