TOBI atlet pilihan untuk menyerlah di Paris. FOTO Agensi
TOBI atlet pilihan untuk menyerlah di Paris. FOTO Agensi
Reuters

Lausanne: Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membebaskan Tobi Amusan, pemegang rekod dunia dalam acara 100 meter (m) lari berpagar wanita, daripada pelanggaran peraturan anti doping, selepas menolak rayuan daripada Olahraga Dunia dan Agensi Anti Doping Dunia (Wada).

Atlet Nigeria itu didakwa melakukan pelanggaran 'kegagalan di mana dia berada' untuk menyelesaikan tiga ujian doping dalam tempoh 12 bulan dan Unit Integriti Olahraga (AIU) menggantungnya sementara pada Julai 2023.

Panel tribunal disiplin AIU membatalkan keputusan itu beberapa hari sebelum Kejohanan Dunia di Budapest tahun lalu.

Juara dunia 2022 itu menafikan mengambil bahan peningkatan prestasi.

CAS berkata, dalam satu kenyataan media bahawa panelnya sebulat suara mendapati bahawa Tobi melakukan dua kegagalan pemfailan tetapi tidak mengesahkan terlepas ujian yang ketiga yang membawa kepada 'kegagalan di mana dia berada'.

Olahraga Dunia dan Wada tidak segera menjawab permintaan untuk komen.

"Ini semua ketentuan Tuhan" kata Tobi dalam catatan Instagram bersama pengumuman mahkamah.

Tobi, yang memecahkan rekod dunia semasa perlumbaan separuh akhir pada kejohanan dunia 2022, adalah adalah atlet pilihan dalam acara kegemarannya di Sukan Olimpik Paris, yang bermula pada 26 Julai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Jun 2024 @ 11:52 AM