CJ Ujah (dua kanan) bersama kuartet 4x100m yang memenangi pingat perak di Olimpik Tokyo lalu. FOTO Agensi
CJ Ujah (dua kanan) bersama kuartet 4x100m yang memenangi pingat perak di Olimpik Tokyo lalu. FOTO Agensi
AFP

Lausanne: Britain melucutkan pingat perak yang dimenangi bagi acara 4x100 meter (m) lelaki pada Olimpik Tokyo tahun lalu selepas CJ Ujah didapati melanggar peraturan doping.

Ujah diuji positif menggunakan bahan terlarang ostarine dan S-23, yang kebiasaannya diambil untuk membina otot selepas perlumbaan pada 6 Ogos lalu.

Kuartet Britain menamatkan saingan di tempat kedua di belakang pemenang pingat emas, Itali dekat Jepun dengan perbezaan beberapa saat.

Berikutan hilang kelayakan itu, Kanada dijangka diberikan pingat perak manakala China dianugerahkan pingat gangsa.

Kenyataan daripada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) membabitkan bahagian anti doping berkata Ujah didapati melanggar peraturan anti doping.

"Ujah didapati hilang kelayakan dengan keputusannya dalam acara pecut 4x100m berganti-ganti final.. bersama-sama dengan pelucutan sebarang pingat, diploma, mata dan hadiah."

CAS berkata World Athletics harus mengambil tindakan lanjut dengan penilaian mereka termasuk keputusan membabitkan sebarang penggantungan.

Ujah dalam satu kenyataan berkata dia menerima keputusan itu dengan rasa kecewa tetapi mendakwa dia tidak mengetahui telah mengambil suplemen yang tidak dibenarkan.

Atlet berusia 27 tahun itu memohon maaf kepada rakan sepasukannya, Zharnel Hughes, Nethaneel Mitchell-Blake dan Richard Kilty.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Februari 2022 @ 8:57 AM