IANNONE gagal ujian doping. FOTO Reuters
IANNONE gagal ujian doping. FOTO Reuters
Reuters

PELUMBA MotoGP Itali, Andrea Iannone dikenakan hukuman penggantungan selama 18 bulan selepas gagal ujian doping pada November tahun lalu.

FIM menerusi satu kenyataan berkata, pelumba Aprilia itu didapati positif menggunakan bahan steroid Drostanolone pada Grand Prix (GP) Malaysia.

Tempoh penggantungan itu akan berakhir pada 16 Jun 2021.

Iannone yang mempunyai baki kontrak sehingga hujung musim ini, turut dibatalkan keputusan perlumbaannya di GP Malaysia dan Valencia.

Pelumba berusia 30 tahun itu boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Timbang-Tara Sukan.

Kes Iannone adalah kali pertama sejak 2012 yang menyaksikan pelumba Moto2 ketika itu, Anthony West didapati positif methylhexanamine.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2020 @ 9:09 PM