UMAR berjaya mara ke final 400m lelaki Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu. FOTO Ihsan Sukan IPT
UMAR berjaya mara ke final 400m lelaki Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu. FOTO Ihsan Sukan IPT
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Atlet 400 meter (m) negara, Umar Osman melaungkan amaran bahawa dia mampu untuk menjadi pelari terbaik negara apabila mencipta sensasi di Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Chengdu, China apabila sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan miliknya.

Semalam dia memecahkan rekod yang diciptanya ketika di Sukan Sea Kemboja 46.34 saat (s) apabila melakarkan 46.33s dan hari ini dia sekali lagi mempamerkan larian bertenaga untuk memadamkan rekod berkenaan dengan catatan 46.09s.

Catatannya menyaksikan dia menamatkan saringan separuh akhir ketiga di kedudukan ketiga dalam di belakang atlet Jepun, Kenki Imaizumi yang mencatat 46.01s (di tempat kedua) dan wakil Australia, Nathaniel Holder Reece, 45.75s (di tempat pertama).

Kejayaan itu menyaksikan Umur layak beraksi di pentas final yang akan berlangsung esok.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Ogos 2023 @ 11:33 AM