CLARKE memeluk pemainnya selepas tamat perlawanan. FOTO Reuters
CLARKE memeluk pemainnya selepas tamat perlawanan. FOTO Reuters
AFP

Stuttgart, Jerman: Pengurus Scotland Steve Clarke mengkritik pengadil yang tidak memberikan penalti ketika pasukannya tewas 0-1 di tangan Hungary sekali gus tersingkir daripada Euro 2024, awal pagi tadi.

Stuart Armstrong dikasari pertahanan Hungary Willi Orban pada lewat permainan tetapi pengadil dari Argentina Facundo Tello tidak mempedulikannya.

"Ia 100 peratus penalti. Seseorang perlu jelaskan kepada saya kenapa ia tidak penalti. Jika tidak saya fikir ia satu kesilapan," kata Clarke.

"Saya tak faham bagaimana VAR boleh menilainya dan berkata ia tidak penalti."

Kevin Csoboth menjaringkan gol pada minit ke-10 masa kecederaan selepas kecederaan serius dialami yang menyebabkan Scotland tersingkir selepas hanya meraih satu mata.

"Ia selalunya perlawanan satu gol," kata Clarke. "Kami gagal mendapatkan gol, kami mencuba tapi tak berjaya.

"Kami sedih dan kecewa. Kami minta maaf kepada semua orang, penyokong dan negara."

Scotland sekali lagi gagal dalam misi mara ke peringkat kalah mati buat kali pertama di kejohanan utama.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 7:48 AM