PENGADIL, Facundo Tello melayangkan kad kuning kepada pemain Scotland. FOTO Agensi
PENGADIL, Facundo Tello melayangkan kad kuning kepada pemain Scotland. FOTO Agensi
Reuters

Berlin, Jerman: Pengadil Facundo Tello membuat keputusan betul menafikan penalti Scotland dalam aksi terakhir Kumpulan A menentang Hungary Ahad lalu, kata Ketua Pengadil Persekutuan Bolasepak Eropah (UEFA), Roberto Rosetti.

Pengurus Scotland, Steve Clarke berang selepas Stuart Armstrong dijatuhkan dalam kotak penalti ketika aksi dengan Hungary namun Rosetti menegaskan bahawa Armstrong terlebih dulu menyentuh Willi Orban sebelum jatuh.

Susulan itu, Hungary menjaringkan gol dalam masa tambahan untuk menang 1-0, manakala Scotland tersingkir.

"Ini adalah perlawanan yang sangat sukar dengan beberapa insiden kontroversi," kata Rosetti semasa taklimat media selama sejam.

Rosetti turut menolak dakwaan yang mengaitkan Tello kemungkinan direhatkan dan tidak akan mengendalikan aksi di peringkat kalah mati.

Dalam perkembangan lain, Rosetti turut menyokong keputusan pengadil Inggeris, Anthony Taylor yang tidak membenarkan gol Xavi Simons selepas pemain itu didapati offside ketika Belanda terikat tanpa jaringan dengan Perancis.

"Sangat jelas mengapa pengadil mengambil keputusan muktamad tidak menyemak semula keputusannya menggunakan VAR," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Jun 2024 @ 10:16 PM