MCTOMINAY (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
MCTOMINAY (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

Glasgow: Jaringan dramatik lewat permainan Scott McTominay menyaksikan Scotland menewaskan Israel 3-2 hari ini dalam usaha untuk layak ke Piala Dunia.

Pemain tengah Manchester United itu menjaringkan gol pada masa kecederaan sekali gus menggembirakan 50,000 penyokong yang memenuhi Hampden Park.

Eran Zahavi meletakkan Israel di depan pada awal permainan menerusi sepakan percuma sebelum John McGinn menyamakan kedudukan untuk skuad bimbingan Steve Clarke.

Munas Dabbur kembali meletakkan Israel di depan minit ke-31 tetapi Lyndon Dykes menyamakan kedudukan minit ke-55 sebelum McTominay muncul wira Scotland.

Scotland kekal di tangga kedua Kumpulan F dengan 14 mata di belakang pendahulu, Denmark.

"Gol pertama menyebabkan kami perlu mengejar lawan dan menjadikan perlawanan agak sukar dengan gagal menguasi perlawanan pada separuh masa pertama," kata Clarke.

"Pada separuh masa kedua, kami beraksi dengan lebih baik dan akhirnya memperoleh gol kemenangan walaupun ia diperolehi lewat permainan.

"Kami boleh meraikan kejayaan ini tetapi tidak boleh keterlaluan kerana masih ada banyak cabaran lagi."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Oktober 2021 @ 8:25 AM